Powered By Blogger

Thursday, 2 May 2013

Kari hijau ayam




Bahan-bahan:

Ayam ( digoreng tanpa kunyit)
Tomato
Kentang
Daun limau purut
serai (dititik)
santan

Bahan pes (kisar halus):

Cili padi
cili muda hijau
kacang pes hijau dalam tin
bawang besar
halia
serai
daun limau purut

Cara-cara:
1)Tumis bahan pes yang telah dikisar halus dengan sedikit minyak.
2)Masukkan serai yang telah dititik.
3)masukkan kentang dan masak sehingga kentang sedikit empuk
4)masukkan santan, daun limau purut dan masak hingga kentang empuk
5)masukkan ayam yang telah digoreng dan tomato.
6)Biarkan mendidih..


*bahan-bahan tu agak2 je..hehehe

Selamat mencuba :)

















Sunday, 31 March 2013

Virus MALAS

Satu virus paling bahaya adalah MALAS. 

memalukan orang pompuan je minah ni. hehe

Bila malas semua virus akan datang. Yelah, malas mandi virus busuk datang. Malas basuh baju virus selekeh datang. Malas masak virus duit semakin kureng datang. Macam-macam lagi lah. Aku pun malas jugak kadang-kadang. Eh, selalu je rasa malas. hahaha.. Malas ada macam-macam jenis. Antaranya yang terjadi dalam kehidupan seharian:

1) Malas nak bangun daripada TIDUR. Tambah2 waktu pagi kan? Aduiii.... Ni tak kira la student ke yang dah bekerja ke. same je.. hehe.. yang paling bengang bila weekend senang plak bangun awal. Geram wehh..
lawa kemain baju tido dia..heeee


2) Malas STUDY. yang ni selalunya student la. Kalau time exam baru terhegeh nak stdy. Ntah mcam mana plak tetiba jd rajin gila nak stdy. Nak2 kalo lagi 2 jam nak masuk dewan exam. rasa menyesal tak stdy awal semua lah. Pastu bila tak sempat stdy semua tanam azam nanti sem depan exam aku nak start stdy awal. pastu sem depan sama jugak. cit!

tension tgk suasana bilik dia. huhu


3) Ni plak sama kes dengan yang study tadi. tapi ni fokus kepada orang bekerja lah. Bila ada kerja/task yang tak urgent, mula lah kaki pun nak letak atas meja. hahaha.. kalau ada internet mula lah layan FB, Twiter, Blog, Youtube, Keek dan krohhhhhhhh.... Pastu bos mintak task tu mula lah gelabah itik. Malu kat itik taw!

Over gila mamat ni. huhu

4) Yang ni plak untuk semua lapisan masyarakat. haha! Malas nak PACKING barang/baju. Bukan malas apa, nak start packing tu yang malas sgt2. bila dah start packing ok je. rajin la plak. haha! Kalau yang ni biasa jadi bila student dari kampung nak balik kolej or dari kampung nak balik rumah sewa.. Malas dowh! Yang lagi 1 bab plak bila travel ke mana2 pastu bila balik rumah plak kena kemas, basuh kain..Gila malas hoi!!
Ni gambar orang rajin. eheehehe

Eh malas la aku nak cite lelebih...hahaha.. Tgk? salah satu sifat malas. haha. Bukan apa, sekarang time kerja. Mana boleh malas. tak gitu? haaha..ni aku bukan malas tapi ni aku boring je. hahaha.. Ok ni cara-cara mengubati MALAS mengikut ISLAM.

1) Berdoa dan perbanyakkan doa.



2) Lawanlah syaitan dan nafsu

Malas sebenarnya berpunca daripada syaitan. Jadi kita kena kuatkan semangat supaya bila malas kita igt yang syaitan tengah bersorak gembira sebab kita sedang malas. Jadi ayuh rajin supaya syaitan semua nangis dan terbakar..haha!

3) Carilah Ilmu

Timbalah ilmu sebanyak mungkin sebab dengan ilmu la kita boleh rajin dan cergas. Bila kita banyak mencari ilmu, kita akan tahu banyak kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara. Jadi kita akan jadi rajin kalau kita tahu sebab kelebihan kita buat benda tu dan kita takut balasan atau keburukan kalau tak buat benda tu. Faham tak?

Jadi ayuh kita tanamkan sifat rajin dan kikis sifat malas. Sebab sifat malas tu daripada syaitan..Syaitan jahat!

AND PLEASE!!!


heheheheheheh :)

Sunday, 24 March 2013

Rindu

Wah Neelofa..Pi melawat sekolah lama dapat liputan! kelas kau.. yerla..nama pun artis... Haish..tengok dia pergi MRSM dia, teringat plak zaman sekolah dulu. Kat MRSM Pasir Salak. Rindunye. Walaupun banyak peraturan, itu tak leh ini takleh tapi sangat2 seronok. Ramai kawan, ade je aktiviti nak buat. Tak pernah rsa boring. Betul orang cakap, zaman belajar adalah paling best. Kerja ni tak best.

Maybe sebab aku belum dapat kerja yang memang betul2 aku suka, sebab tu kot serba tak kena. Walaupun kerja sekarang sangat2 la ok tapi masih rsa yang tak ok nya. Tapi tak pe, bertahan selagi mampu. Setakat masalah yang sikit2, tak perlu la sampai nak berhenti keje. Kerja sekarang ok wat. Gaji pun ok. Semua ok. Sebab bosan tak ada geng tu small the pieces. hehe.

Rindu la kalian. cewah. hehe. Serius rindu. Ni budak kelas aku. 5B. Argghhhh..rinduu...

Untung la aku pkai crown..

Berdiri dari kiri: azhar, deli, fariq, aizat, lee, khidir , imran, man, akram
Barisan tgh dr kiri: Rubi, mida, aida, nana, intan, jannah, sue
Depan dr kiri: ema, awin, anis, ain, pija, zue
tiada dlm gmbar: asmira

Azhar: budak ni pandai. tak belajar tapi pandai. cikgu ajar dia tido. smpai kan time blaja add math pn tido. tp cikgu kata takpe, bia je dia. sebab tido pun dia highest addmath. gile! skrg dia kat Rusia tak silap. ntah.

Deli : budak ni jiwang sikit. rasanya la. pndai jugak. sekarang dah kerja, kat telekomunikasi centre. tak silap la. hahaha

Fariq: budak ni monitor kelas masa 4b. sopan santun je. senyap je. klo tido dlm kelas pun xleh detect sgt. sbb dia dlm kelas mmg sentiasa tunduk. hehe. hr tu tgk kat meja dia ada cover kaset omputih. wahhh.. rupanya he learn english from that. goodjob! sekarang tak tahu buat apa.

Aizat: budak ni monitor kelas 5b. eh btol ke ek. lupa la.. dia ni baik. agak caring. pandaiii..dia nak tackle budak kelas ni jugak. tapi sekarang budak tu dh tunang. Duhh!! sekarang kat Perancis. stdy engineering.

Lee: budak ni senyap tapi sekali bukak mulut lawak ok. nk tergelak je ktorg. pandaiii.. orang Bota. ate cakap perak. sekrang stdy doktor kat UM. wahh

Khidir: budak ni 1 sekolah kenal. YDP MPP kot. pndai oo.. dia pndai sebab rajin sgt2 belajar. suka nasihat aku suh belajar betoi2. bagus dia ni, walaupun muda setahun sebab budak lompa. trademark dia "eee masa-a-lahh arrrrrrr" Bakal doktor, stdy mane ntah. Rusia kot. ntah.

Imran: budak ni paling senyap kot dlm kelas. boleh kira berapa kali je ckp dlm kelas. hehe. pemalu dia ni. tapi tak sgka rupanya vokalis band dia. pndai men alat muzik. dia malu sikit sebab dia dr kelas lain kot. Form 5 br masuk kelas aku. dia ni senyap tapi kerek sket. eh. sikit la. sekrang tak tahu dia buat apa n kat mana. hahaha

Man: Man besi. budak ni digelar man besi sbb takut besi ke ape ntah. ade kaitan ngn kilat rse. ntah.dia ada kembar. pandai woah budak ni. man ni memang lawak. dan dia ada SA woh..junior suka dia. pastu dia malu2. hahaha.. skrg stdy ape ntah. kat obersea jugak. haish. pansai2 depa ni..

Akram: budak paling kerex dan menggelabah. hahaha. tapi kerex dia kerex bergurau. hehe. comei je budak ni, dia ni muda setahun gak. pandai english. selalu cr gaduh dgn dia. tpi gurau2 je. hehehe. sekrang stdy mne ntah. lupa la.....hr tu uitm penang sekejap pastu mne ntah..heee

Habis side jejantas.. side gegirls plak..

Rubi: budak mata kecik. heheh. bile senyum sengih je mata hilang. hehe. rubi ni baik..banyak cakap. maklumla budak debat. sekarang keje mne ntah. dulu unimas

Mida: mida ni jelmaan kartun ana muslim. hehe. 1st time tgk terus teringat ana muslim. hehe. mida ni ldp, garang oo.. serius kalau buat kerja. tapi wlpn serius kuat gelak gak. hehe. bakal lawyer ni. skrg final sem dah kot. dan nk kawen dah. wahwah...wajib pergi!

Aida: aida ni lembut je...sopan santun dan sgt baik.. jrang sgt2 nak marah org sbb dia ni tak reti marah. aku baik dgn family aida. kat MRSM dulu selalu tumpang aida balik maktab. and every weekend bila parents aida dtg, mak mesti kirim benda. terutama makanan. dan bihun goreng mmg tak tggl..hee... aida ni bakal doktor, skrg stdy kat poland. nak hbs dh. suka2...aida, nti nak rawatan special dr aida k. hehe

Nana: Nana ni rumet ku syg. ceria je dia ni. dalam kelas kuat tido gak. nana ni hampir2 nak kua maktab tapi kami semua halang.. dia ni baik. dan sangat2 rajin. nana ni kuat homesick gak. nasib rumah dekat. heee.. nana skrg bakal nurse, stdy kat perlis.

Intan: budak senget. ehehe.. intan ni adik bgsu dalam kalangan pelajar pompuan. manjeee dia ni. tapi senget. sbb kepala dia suka buat senget2. hehehe.. skrg intan keje dah kot. ntah. haha

Jannah: budak merapu. hahaha. jan ni suka buat lawak yg bukan buat2. dia tak sedar tindakan dia tu lawak. tapi semua tgk dia lawak. jan suka ckp x betol tp konfiden gile ckp. tunggang langgang. haha. sekarang dia tgh tggu posting medical lab asst. dia ni nama je duk dekat, tp jarang jumpa jugak. sekali jumpa bukak mcm2 cite. haa..ini budak pun sudah mau kawen..end of this year! mybe!

Sue: budak ni happening. kalut2 happening. haha. dia ni mcm kalut2 tapi ceria ok. haha. time bapak dia nak kawen lain dia rileks je nyanyi bapak ku kawen lagi. hahahah. tp aku taw, dia sedih kot. haha. sue ni pandai.. skrg dh keje kat hosp serdang, peg penyelidik u ols. ha! su dh nak kawen dh. dgn fitra, budak kelas sbelah. wah wah wah. perkenalan di muka buku!

Ema: budak kuat nyanyi. dia ni senyap tapi kuat nyanyi. radio bergerak. haha. ema dulu 2 bulan kot xdtg sek. dia excident dgn abg dia masa otw nak blk mktb. huu..patah kaki. skrg dh ok dh. dh vogue the vase dah. hehe. ema keje kat shah alam. keje ape ntah. dgn astro ke ape ntah. huhu

Awin: budak yang dh mcm boifren aku dh. hehe. smpai sekarang sentiasa keep in touch. sentiasa sms. boleh dikatakan setiap hari. awin baik, senyap. tapi garang gak minah ni. bukan garang, dia ckp agak kasar jd org kata dia garang. haha. aku dh taw perangai dia jd tak ada masalh pun dengan aku. haha. dulu time amik result spm, sma2 dgn awin. pas dpt slip, tgk result. aku mcm ok! aku dh expect dpt A byk tu. tgk awin pun dpt bilangan A sama aku. tetibe awin nges. oii apesal nanges awin? dia kata sebab dpt A sikit. aku plak lepas tu nges jugak sebab dapat sme A. hahahahah. ntah hape2. haha. skrg awin chemist.

Anis: budak ni buat bising kelas pndai la. haha. dia ni lemah sejarah. selalu kena attack dlm kelas. haha. tp bile dia jd ketua bm dlm stdy group dia, leader group dia macam hangin, xleh terima kenyataan bahawa anis ni dipilih jd ketua bm. hahaha. skrg ni RA kat Usm.

Ain: budak ini asst monitor. kalaut2 gak sbb dia melatah. haha. suke dgr dia ckp ayat bahasa kelantan. hehe. dia ni mempunyai ciri2 kepimpinan yg tinggi. dia ni bagi aku matang. sekarang keje kat johor.

Pija: budak ni selalu kena buli. tapi dia ni garang gile! tapi bile marah tu kdg2 org yg tgk nk tergelak. pija ni gelak mcm nak nges. sbb kua air mata. hahaha. pija ni lawak. dia ni senyap je dlm kelas. tp bile org usik dia, dia jd bising. haha. skrg keje ape ntah. hahah

Zue: budak ni dok sebelah aku. rajin budak ni. sopan. xsuka bercakap benda tak penting. dia ni baik. dan dh nak kawen. skrg kat uia kuantan, bakal farmasist.

Asmira: As time ni dia sakit. huhu. kesian as. dia kena jangkitan kuman yg doc pun xleh detect time tu sbb 1st case. skrg duk rumah. kena cuci darah. tp tak duk sje. ajar tuisyen budak2.

Wahhhh..berjaya2 nye kawan2 aku ni.. Hopefully kita dapt buat reunion apabila kita di fasa yang seterusnya. iaitu fasa semua org dh berumah tangga. baru best. Time tu byk sket topik nak cite. Bestnye........

Wednesday, 20 March 2013

1: Tuition class

Seorang guru dan seorang murid sedang berbincang untuk latihan sejarah bab 4. Mengenai Parameswara. 
Soalan nya berbunyi begini.

                   "Parameswara gagal _______ Palembang daripada cengkaman Majapahit"




Murid : Cikgu, apa ini. saya tataww....

Cikgu : Ok, kamu tgk, dulu Palembang kan Parameswara punya, jadi sekarang Majapahit sudah ambil. 
            Jadi   Parameswara sudah tak berjaya dapat balik Palembang. Jadi gagal apa?

Murid : Gagal apa cikguuu......saya tataawwww....

Cikgu  : Ok2.. memmm...... apa?

Murid  : Mem apa cikgu...saya tatawwww....

Cikgu  : Mem-be.......

Murid : -ca-kan? 

Cikgu  : (membecakan? huhuhu)Ok. perkataan dia sama mcm situasi ini. Kalau ada burung dalam sangkar 
             dia.  Lepas tu saya lepaskan burung itu, burung itu akan terbang kan? Jadi burung itu sudah apa?

Murid : Membuka.. Betul ke cikgu??

Cikgu : Haish! Saya yang buka sangkar burung itu.. Jadi burung sudah terbang keluar. Burung sudah apa?

Murid : Sudah lari la cikgu...

Cikgu  : Burung ada kaki ke? haiyoo.. Ok, kalau saya kurung kamu dalam bilik, kemudian kakak kamu 
            datang buka pintu. Jadi kamu sudah apa?

Murid  : Sudah lari keluar..

Cikgu  : (Bengapnyeee: dalam hati) Ok, kamu sudah habis exam UPSR, jadi kamu sudah free betul.. kamu 
             tak perlu exam. Jadi kamu rasa apa?

Murid  : Menggila la cikgu.. Hei cikgu, Parameswara menggila? Betul ka?

Cikgu : (Aku yang dah nak gila dengan kau!)


Jawapan: membebaskan

Monday, 18 March 2013

I love you


Jumpa novel ni tadi kat Boaders. hehe.. mesti cikgu math gak ni. hehehe. tersengih je bila tgk tajuk dia. ada kena mengena.

I LOVE YOU, CIKGU!

Thursday, 7 March 2013

Abang..


Suami : Kalau diberi pilihan untuk siapa mati dulu, awak rasa siapa yg patut mati dulu ?


Isteri : Saya harap abang mati dulu .



Suami : Sampai hati awak kan, saya sengaja nak menguji awak sama ada betul2 sayangkan saya atau tak .   :’(

Isteri : Abang tak nak tahu kenapa saya harap abang mati dulu ?

Suami : Tak perlu nak jelaskan. Dah terbukti awak tak sayangkan saya lagi dah, bila saya mati awak akan cepat2 cari yang baru !

Isteri : Hmm , cara abang fikir tu salah sayang ..

Suami : Apa yang salah pulak ???

Isteri : Saya harap abang pergi dulu sebab saya tak sanggup nak tengok abang sedih bila saya takda nanti. Kalau abang yg pergi dulu, saya nak sedekahkan al-fatihah dekat abang tiap2 hari supaya abang tenang dekat sana. Dan saya nak doa hari2 supaya dapat bertemu dengan abang semula dekat ‘sana’. Tapi kalau saya yang pergi dulu, saya harap abang akan buat begitu kat saya.

Suami : (terdiam )

Tuesday, 19 February 2013

Aku Geram""

Dulu zaman sekolah, mesti ada geng2 punya kan? Aku pun ada..haruslah aku yang jadi taiko. haha.. Dulu masa lower form, geng rapat ada 5 orang. Kami girl's school. Pastu kami ni plak kelas RK (rancangan khas. bukan pendidikan khas..jgn salah tafsir ok!) Kelas RK ni hanya untuk melayu yang dapat sekurang-kurangnya  3A 2B UPSR.

Tak payah bangga sangat ok!

Nak dijadikan cerita, biasala...ada la geng yang mcm bajet power x puas hati ngn geng kami ni.. yela, nama kan kelas RK..cikgu selalu la bagi tumpuan, buat aktiviti macam2.. Jadi mungkin mereka cemburu..hehehe.. ade 1 geng ni kelas num 4 ke 5 ntah. dia kelas biasa2 je.. hehehe.. setiap kali jumpa geng kami, mesti jeling2... OMG.. aku pun x phm... tapi dalam tak paham tu, ktorg pun turut la melawan balik jelingan tu.. hehe..

ketahuilah bahawa AKUGERAM tidak seperti yang digmbarkan.

Yang paling lawak tu, salah sorg geng tu ade yang badan cute sikit. lagi cute dari aku..haha.. tapi dia putih gebu..tapi annoying gila kot perangai dia. hehehe.. setiap kali jumpa kan, bile dok ckp perli2, last2 skali mesti budak tu aku sebut "Ni aku geram ni!" (sambil tumbuk2 tapak tangan dia) hehehe..

 Sejak dari hr tu mmg tiap2 kali geng kami bertembung, "Aku geram" mesti aku buat mcm tu. Dia akan cakap:
"Ni aku geram ni"
(tangan plak mesti tumbuk tapak tangan satu lagi...hehehehhe)

Dan disebabkan perkara itu, kami semua menggelarkan perempuan itu sebagai "AKU GERAM"  hahaha!
Maaf AKUGERAM...kami bukan nak cari gaduh.. tapi kami sakit hati! hehehe...





Monday, 18 February 2013

Ketam Nipah, Juru

Dekat Juru ni famous dengan ketam nipah. Aku berkesempatan makan ketan nipah ni dengan makcik aku. Masa tu aku baru lagi kerja kat Penang ni. Jadi makcik i pon ajak la try ketam nipah yang di war-warkan sedap ni!

Ketam Nipah masak sambal
Kedai yang aku makan ni memang fomous. Kedai ni bukak bawah umah jer.. memang ramai orang. Pkul 10 malam selalunya stok dah hbs. Lagi satu yang best kat sini, sate dia. Besar-besar dan sangat sedap! 

sate ayam
Tak ingat la nama kedai ni. tapi trademarknye, depan kedai tu ade ruang parking yang luas. so senang la kalau datang 10 bijik kete pon.. hehehe...Oh yer, malam tu makan ketam masak smbal 4 ekor, kailan ikan masin, nasi putih 2, air kelapa fresh 2 bijik, sate ayam 10 cucuk, total RM60.. Ok x? hehe

Tuesday, 12 February 2013

Nur Zahra Marissa

Budak ini anak buah sulung pertama aku. Merangkap cucu sulung. Of course semua excited. Ok jum tgk Marissa.

Fresh from the oven- 16 Sept 2011
2nd day of Marissa

3rd day of Marissa

4th day kot..

Marissa at grandmum's home

After mandi..
On the way cucuk sebulan

Tido tido tidooo

Pndai senyum dah

pandai posing time tido dah. haha!

dah lepas pantang dan dah kawen

pengantin kecik
Pandai sembang2 dah

Makin bam bam
Yeay! berjaya niarap-3 bulan

Amboi dah pndai bergaya!

Dan terus ber-jangok

ber K-pop pula

Dah pndai demand nak jalan2

Dah berlagak big bos!
Dah "brutal" dalam car-sit. eh. 

Ini semua poyo!!!
P/S: Aunty sayang Marissa!

Thursday, 7 February 2013

Nasi Goreng Udang

melimpah udang diaa wehhh...

udang goreng nasi. hehehehe
Dapatkan nasi goreng seperti ini di Ipoh.. berdekatan Lembaga Air Perak dan BSN besar.... fuhh!!

Sekadar Di Pinggiran

Daripada bosan sampai ke tahap baca blog org lain sampai dah sehari 5 6 kali, lebih baik kita buat je blog sendiri.. walaupun rasa mcm poyo bila menulis ni, tp rsa mcm cool jugak kot. tgk org lain buat rilek je..so bio le teman nk buat jugak..

FEDULIK?

Jadi for the 1st entry ni nak cakap ape? xpe...bia la kita merapu dulu k..hehehehehhe..takkan tetibe je trus nk cite pasal tok sedara mak sedara kenz...ok la..biaq la merapu pun... hahaha...

Tata
>.<